Wednesday, March 29, 2017

Bangkit Kembali

Sharing a post I wrote on facebook yesterday for those facing retrenchment or unplanned employment. I hope the advice and tips shared will be of benefit to those who read it.

BANGKIT KEMBALI

Pagi tadi saya terbaca post seorang kawan. Kisah benar yang menimpanya, hampir setahun yang lepas beliau mendapat surat diberhentikan kerja oleh syarikat oil and gas (bukan Petronas ye). Maklum la, harga minyak sedunia jatuh pada ketika itu. Tidak menghairankan jika ada syarikat-syarikat dalam industri minyak yang terpaksa mengambil langkah drastik seperti memberhentikan pekerja-pekerjanya sebagai langkah mengurangkan kos perbelanjaan.
Mendapat surat sedemikian adalah mimpi ngeri bagi mereka yang bergelar pekerja.
Walaupun saya sendiri tidak pernah mengalaminya dan minta dijauhkan dari itu semua, saya tertanya-tanya, apakah sebenarnya yang berlaku dan bagaimana kesudahannya.
Beliau menceritakan, pada mulanya tinggal sahaja di rumah selama hampir 2 bulan, tanpa berbuat apa-apa. Pasti ada perasaan marah, terkejut, sedih, dan buntu.
Saya amat berminat untuk mengetahui bagaimana seseorang berjaya mengharungi suatu keadaan yang sukar, dan seterusnya menemui kejayaan. Bagi saya, formula untuk sukses ini insya Allah jika dikongsi, dapat membantu orang lain yang mungkin menghadapi dilema yang sama.
Apabila masuk bulan ketiga diberhentikan kerja, beliau mula merasa kemurungan. 
  • Maka, beliau mengambil keputusan untuk berjumpa dengan kawan-kawan lain yang menghadapi masalah yang sama. Tujuan asal hanya untuk mengekalkan persahabatan. Beliau sering menangis walaupun hampir 5 bulan telah berlalu setelah insiden diberhentikan kerja.
  • Tetapi beliau tidak berputus asa, terus-menerus menghantar resume kepada syarikat-syarikat lain dalam usaha mencari sumber rezeki yang baru. Beliau menerangkan bahawa saat itu adalah suatu masa yang sukar baginya.

Beliau dipanggil untuk temuramah, tetapi gaji yang ditawarkan adalah sangat kurang berbanding kerjanya dahulu. Sehingga ada masa beliau berasa seolah-olah salahnya sendiri mengakibatkan beliau dibuang kerja oleh syarikat dahulu. Beliau juga berasa rendah diri dan seolah dirinya kurang berkemampuan kerana terpaksa mengambil potongan gaji sedemikian rupa.
Namun begitu, oleh kerana beliau sebenarnya berasal dari bahagian sumber manusia (human resources), beliau dapat berbincang bersama rakan-rakan dari bidang HR yang melakukan 'recruitment' atau pengambilan pekerja baru. Pada pendapat rakan-rakannya, beliau dinasihatkan untuk tidak menerima pekerjaan yang tidak menawarkan gaji yang berpatutan.
  • Maka beliau menukar strategi dan bersikap lebih cerewet dalam memilih pekerjaan yang mana yang sesuai untuk diminta. Beliau akhirnya memutuskan untuk membuat pekerjaan sementara dengan sebuah badan yang berasaskan kerja kebajikan.
  • Sambil bekerja beliau dengan persatuan tersebut, beliau mula merancang, 'dengan perlahan bangkit semula' dan akhirnya dipanggil untuk temuduga, dan ditawarkan pekerjaan oleh syarikat industri otomobile dengan jawatan yang sesuai dan setaraf dengan kebolehannya.
  • Nasihat beliau kepada mana-mana individu yang melalui cabaran yang sama adalah jangan murung terlalu lama. Bangkit lah kembali.

Ada juga beberapa orang kawan yang lain yang ditimpa dugaan serupa, seorang daripadanya telah berjaya mengasas dan mengelolakan sebuah sekolah tadika, sementara seorang lagi kawan yang diberhentikan dari syarikat hartanah, menjadi ejen hartanah bagi estet dari luar negara dan juga menjual barangan aksesori wanita berjenama.
Alhamdulillah, jangan putus asa dari rahmat Allah. Moga Dia menggantikan semua yang hilang dengan sesuatu yang lebih baik.

Saya copy & paste beberapa komen yang menarik dari pembaca:


While looking for a suitable job, an unemployed person should keep himself busy doing even jobs below his skills and qualifications. That will keep him in touch with the people and job availability in his area of speciality. It's better than living in despair which often weakens his self confidence and resolve.
My son had to take up a door-to-door sales job with low basic pay plus commissions from sales after he quit his permanent job. For months he was worried about room rental, car installments and daily expenditure.But he was always on the lookout for better opportunities.
One day on his way to a prospect's premises he heard on the car radio that a firm was hiring. So he quickly made an appointment for an interview.He got the job. His new employers might have thought that a guy who had worn out his shoe soles on the tough streets of KL was worth a try. He is now a senior executive in the company.
People who don't give up haven't failed.

The popularity of traditionally made snacks and kuih prompts me to write this.
There's a warung beside the main road leading to my housing estate that sells nice putu piring for only 60 Sen each. It is run by a Malay woman and several female hel
pers. You can see them preparing the kuih under a shed. It's always first come first served basis and a sell-out everyday.
(In town it's a ringgit a putu piring)

One of my son's classmates quit working in a pau kitchen, left Melaka 4 years ago and started selling apam balik (Chinese style) in satellite residential areas in KL.
My son told me recently his hawker friend recently paid the down payment for a 800K house.
Venturing out to be one's own boss and working very hard will bring greater rewards.
So, people who have more self doubts and excuses can't visualise further than their worn out jeans.

This one from Linkedln, also from ex oil n gas company. Very inspiring, last time I checked, his articles has >2k likers already

2 comments:

  1. Alhamdulillah semoga atas bantuan ki witjaksono terbalaskan melebihi rasa syukur kami saat ini karna bantuan aki sangat berarti bagi keluarga kami di saat kesusahan dengan menanggun 9 anak,kami berprofesi penjual ikan di pasar hutang saya menunpuk di mana-mana sempat terpikir untuk jadikan anak bekerja tki karna keadaan begitu mendesak tapi salah satu anak saya melihat adanya program pesugihan dana gaib tanpa tumbal kami lansung kuatkan niat,Awalnya suami saya meragukan program ini dan melarang untuk mencobanya tapi dari yg saya lihat program ini bergransi hukum,Saya pun tetap menjelaskan suami sampai dia ikut yakin dan alhamdulillah dalam proses 1 hari 1 malam kami bisa menbuktikan bantuan aki melalui dana gaib tanpa tumbal,Bagi saudara-saudaraku yg butuh pertolongan silahkan hubungi
    Ki Witjaksono di:O852-2223-1459
    supaya lebih jelas Kunjungi blog
    klik-> PESUGIHAN TANPA TUMBAL

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya mengucapkan banyak terima kasih kepada allah s.w.t yang telah mempertemukan saya dengan MBAH SERO kemarin saya menang togel ini semua berkat bantuan MBAH SERO angka yang di berikan 4d sgp tembus 100 persen syukur alhamdulillah dapat kemenangan 225.juta sudah banyak paranormal yang saya datangi minta bantuan angkanya tidak perna tembus selalu meleset malah hutang bertambah cuma MBAH SERO paranormal yang memberikan hasil dan akhirnya saya menang hutang saya yang di BANK sudah saya lunasi ini berkat bantuan MBAH SERO insya allah saya akan minta bantuan lagi sama MBAH karna saya sudah membuktikannya bagi teman2 semua yang terlilit hutang jika mau hutangnya lunas dengan cara pasang togel ini solusi yang tepat hubungi O82-370-357-999 MBAH SERO atau kunjungi situs MBAH silahkan KLIK DISINI kami berkomentar di dalam blog ini cuma menyampaikan kisah nyata siapa tau ada teman2 butuh bantuan
      salam sukses dari saya bandiman

      Delete